Huhhh...lama tak menulis di blog ni. Kebetulan hari ni free skit dan ada citer yang nak ditulis. Selalunya terlalu sibuk sampaikan tak cukup masa yang Allah berikan 24 jam sehari...kalau boleh nak minta panjangkan sikit hehe...
Pagi ni, den singgah minum kat kedai yang dulunya favourite den masa tu restoran murtabak singapuralah...sekarang ni orang lain ambil alih, ntah apa nama kedainya den pun tak ingat. Adalah 4-5 kali den masuk makan masa taukeh baru ni. Kedai ni kat Seksyen 1 Bandar Baru Bangi, Jalan 6c/5. Kedai corner lot dekat dengan Pejabat Pos. Bukan kedai 'Abe Klate' kita kat sebelah tu...kedai ni sebaris dengan klinik.
Dulu, ada satu malam den makan dengan orang rumah den, dia lotak lah pisang kat meja tu. Den makan, orang rumah den pun makan. Bila nak bayar, dio tanyo..."pisang makan berapa?"...aik, dalam hati den pisang pun ko kira ke?. Selalunya yang den tahu, mana-mana kodai makan akan sedekah je pisang tu bila hari jumaat. Yang ni keno bayar...takpelah den bayar, berapa sen sangat pisang tu.
Pagi ni pulak den terkono lagi...tapi bukan pasal pisang!. Den makan nasik lomak, nasiknya adolah 5 kali suap pakai sudu camca selamat sampai ke perut. Sikit sangat...tak pornah den makan nasik lomak yang dilotaknyo sikit yang amat, nasik lomak bungkus daun pisang yang seringgit tu pun lagi banyak!.
Nasik lomak ado telur goreng, pastu den mintak tambah ayam goreng seketul, plus teh panas. Sebelum nasik lomak sampai den terdongar taukeh yang betino tu dok bisik dongan pekerjanyo...nasik dah nak abis!....patutlah den dapat nasik sikit jo. Abis makan den pun ke kaunter...RM 8.50!!! Makk aiii mahalnyo jang!!!. Dalam hati den puas menyumpah jo, den tak halalkan ko caj melampau sangat!. Nasik dah le sikit banget kata orang Indon... Den makan kat Unikeb nasik putih plus 3 jenis lauk dongan air pun tak sampai RM 8.50...serius mahal nak m****s!.
Inilah kali terakhir den masuk kodai kau!... yang den heran tu, kodai ni punyolah ramai orang. Agaknya deme tu semua orang kaye agaknya. Teman idaklah kisah kalau kena bayor RM 20.00 pun kalau kodai tu eksklusif berairkon ke...ini idak, kedai buruk jer teman nengoknyer. Dulu masa murtabak singapore kat situ, idak le mahal bebenor. Yang ni taukeh Melayu...haruuuu!!! Tengok orang ramai lagi mahu caj memahal. Pelanggan pulak satu hal, kalau dah kedai tu mahal giler, jom kita masuk kedai lain je...banyak lagi kedai kat situ yang best dan harga berpatutan.
Aku rasalah kedai ni ada jin yang melambai-lambai pelanggan mari masuk...entahler...kang berdosa pulak aku menuduh ni. Aku bukannya nampak...tapi bolehlah kalau nak kutip jin tu atau tepuk je kasi kiok takde hal. Pastu kita tengok ramai ke tak orang yang masuk lagi...hehehe.
Tapi aku malaslah, kau punya hal ler...kau ambik untung berlebihan, kau makan haram!. Kalau tak takut dengan azab Allah, banyak-banyakkanlah makan haram ni, semoga kau cepat kaya kat dunia ni, boleh tidur bertilam kan duit!. Tulah orang Melayu meniaga!. Bukan semua macam tu tak kebanyakkannya camtu lah kalau hidup tak berpegang kepada agama. Baik kau jadi Cina beskal!.
Kalau taukeh atau kroni taukeh atau koncu-koncu taukeh ni terbacalah blog aku ni, ubah ler sikit ya!. Janganlah melampau sangat harga tu, awak bukan sorang je meniaga. Kau kan Islam kan?. Ikutlah sunah Nabi Muhammad s.a.w. dalam berniaga, bukan ikut sunnah syaitan!.
Pooorahhhh...
Jumpa lagi.
No comments:
Post a Comment