Berikut saya sertakan aturan dan rajah ringkas untuk lebih memahami. Tapi syaratnya perlulah ada ilmu baru boleh faham. Banyakkan pembacaan buku-buku haji dan umrah atau dengar kuliah-kuliah berkaitan ibadah ini. Semoga mendapat rahmat Allah s.w.t.
Amiiiiinnn Ya Rabb.
DI MALAYSIA (sebelum keluar rumah)
Niat solat sunat Musafir : “Sahaja aku sembahyang sunat musafir 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Doa selepas salam:
“Ya Allah, Engkaulah pemandu semasa di dalam musafir dan Engkaulah pengawal terhadap keluargaku, hartaku, anak pinakku dan sahabat handai, peliharalah akan daku dan mereka dari sebarang mala petaka dan wabak penyakit”
SEBELUM IHRAM
1. Niat mandi sunat Ihram : “Sahaja aku mandi sunat Ihram kerana Allah Ta’ala”
2. Niat solat sunat Ihram : “Sahaja aku sembahyang sunat Ihram 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
Niat Umrah :
“Sahaja aku mengerjakan umrah dan beserta ihram dengannya kerana Allah Ta’ala.
TAWAF
1. Solat hajat / berdoa dipermudahkan tawaf
2. Perlaksanaan Tawaf
3. Berdoa di Multazam
4. Solat sunat tawaf di belakang Maqam Nabi Ibrahim a.s.
Niat : “Sahaja aku sembahyang sunat tawaf 2 rakaat kerana Allah Ta’ala”
SAIE
1. Solat hajat / berdoa dipermudahkan saie
2. Perlaksanaan Saie
3. Berdoa di Marwah
TAHALUL
1. Bercukur
2. Selesai
*Berdoa dan sujud syukur Berjaya menyempurnakan umrah
No comments:
Post a Comment