Monday, May 23, 2011

Permohonan Anak Pelihara

DEFINASI

Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / bapa peliharaan :
- Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara kepada seseorang kanak-kanak

a) Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang kanak-kanak telah diberikan oleh perintah Mahkamah di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001
b) Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya

Anak Pelihara : Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah


OBJEKTIF

Ibu Bapa Pelihara

  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara

Anak Pelihara

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

SYARAT-SYARAT :

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun.(pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :

  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. klik disini untuk muat turun borang

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM

  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.

No comments:

Post a Comment