Tuesday, May 31, 2011

Senarai Kod Makanan Lemak BABI...jakim buat apa?

” Ko beli Jajan apa? ” tanya aku pada seorang staf

” Ntah apa kenama niha.. makanan jepun.. macam mamee jee rasanya.. Kenapa Mad? ” dia membalas..

” Tidaklaa.. saja tanya.. sebab ada laporan keropok Rota yang biasa kita makan tu.. ada kandungan lemak babi berdasarkan kod E110 yang tertulis dibelakang plastik ” aku cuba jelaskan..

” Eh! betul ke? aku dah makan jajan tu dari kecil lagi.. takkan Jakim sampai sekarang tak perasan..”

” Bukan ko aje.. aku pun sama.. aku sendiri pelik dengan Jakim ni.., setakat ni hal tu masih dalam siasatan Jakim disebabkan syarikat pengeluar produk tu tiada dalam senarai pemegang sijil halal Jakim.. walaupun belum jelas kesahihannya.. kod E110 tu memang tersenarai antara kod yang mengandungi lemak babi.. kalau dah wujud was-was baik tak payah makan..”

” Kalau macam tu Jajan yang kita makan ni pun tak selamat lah yek..? tapi ini ada logo halal? ” soalnya

” Logo Halal? heh.. benda tu boleh print je bang.. bukan susah pun.. percaya atau tidak.. yang sijil halal pun sekarang ni.. dah jadi barang dagangan.. dah boleh dibeli.. tapi bukan dari Jakim lah.. dan sebenarnya bukan jajan saja tapi banyak lagi makanan yang dijual kat kedai tu masih diragui kehalalannya.. emm ko pernah makan produk sotong kering yang bergula, aku lupa nama produk tu.. nanti aku tunjuk gambar..”

” Err.. rasanya aku tau.. suka jugak aku makan.. kenapa..?”

“Emm.. itu aku memang tak suka makan.. dan baru-baru ni ada laporan dibuat yang mana sotong tu sebelum di sira dengan gula.. diorang bersihkan guna bulu babi.. dan syarikat tu dah diambil tindakan pun.. Jabatan agama dah kesana untuk samak,, tapi produk yang ada kat pasaran masih dijual aku tengok.. tak silap kat Mersing kampung aku.. banyak dijual sotong kering bergula tu..” ulas aku

“Adeh… berapa banyak sumber babi daa kita dah termakan ni..?”

” Sebab tulah agaknya perangai manusia kat Malaysia ni dah makin teruk.. itu belum lagi aku cerita kat ko pasal bihun cap masjid tu orang bukan islam yang uruskan.. dengan anjing sana sini.. haha..” jawab aku..

dia terlopong..

Topik tentang halalan thoyibah menjadi isu utama majalah Milenia Muslim bulan march dan kebanyakkan apa yang aku sebut adalah bersumber dari majalah tu. Di dalam majalah itu juga ada paparan mengenai salah satu kilang membuat rempah yang diserbu dimana tahi anjing kelihatan bersepah di lantai.

Ada juga dibangkitkan tentang isu kandungan babi di dalam produk makanan. Di bawah ini aku kongsikan senarai kod makanan yang mengandungi lemak babi.

1.E100, 2. E110, 3. E120, 4. E 140, 5. E141, 6. E153, 7. E160, 8. E161, 9. E210,

10. E213, 11. E214, 12. E216, 13. E234, 14. E252, 15. E270, 16. E280, 17. 300,

18. E301, 19 E325, 20. E326, 21. E327, 22. E334, 23. E335, 24. E336, 25. E337,

26. E422, 27. E430, 28. E431, 29. E432, 30. E433, 31. E434, 32. E435,

33. E436, 34. E440, 35. E441, 36, E470, 37. E471, 38, E472, 39. E473,

40. E474, 41. E475, 42. E476, 43. E477, 44. E478, 45. E481, 46. E482,

47. E483, 48. E491, 49.E492, 50. E493, 51. E494, 52. E495, 53. E542,

55. E570, 56. E572, 57. E631, 58. E635, 59. E904.

Kita memang tak sedar bila bahan-bahan ni dah dicampurkan kemudian ada pulak logo Halal pada bungkusannya kan? lainlah kalau dijual sebagaimana HJ Naguib kat bawah ni…





kredit to : http://blog.nuaeman.com/isu-semasa/senarai-kod-produk-makanan-yang-mengandungi-lemak-babi.html

Monday, May 23, 2011

Permohonan Anak Pelihara

DEFINASI

Kanak-kanak : Seseorang yang berusia bawah 18 tahun mengikut Seksyen 2 Akta Kanak-Kanak 2001

Ibu / bapa peliharaan :
- Seseorang yang bukan ibu atau bapa atau saudara kepada seseorang kanak-kanak

a) Yang kepadanya pemeliharaan, jagaan dan kawalan seseorang kanak-kanak telah diberikan oleh perintah Mahkamah di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001
b) Yang dibenarkan oleh Pelindung di bawah seksyen 35 atau 37, mengikut mana-mana yang berkenaan, untuk menerima seseorang kanak-kanak ke dalam pemeliharaan, jagaan dan kawalannya

Anak Pelihara : Seseorang kanak-kanak yang diberi pemeliharaan, jagaan dan kawalan kepada ibu atau bapa peliharaan di bawah perenggan 30 (1)(e) AKK 2001yang didapati sesuai oleh Ketua Pengarah


OBJEKTIF

Ibu Bapa Pelihara

  1. Memberi peluang kepada pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak merasai suasana kehidupan berkeluarga mengikut saluran yang betul.
  2. Dapat menumpang dan mencurah kasih sayang kepada anak pelihara

Anak Pelihara

  1. Memberi peluang kepada kanak-kanak menikmati kehidupan berkeluarga dan mendapat belaian kasih sayang
  2. Rangsangan untuk tumbesaran dari aspek fizikal, mental, sosial, emosi dan psikologi
  3. Pendidikan holistik yang lebih baik dan sempurna

SYARAT-SYARAT :

  1. Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia
  2. Berusia 25 hingga 60 Tahun
  3. Perkahwinan secara sah (5 tahun keatas) - bagi perkahwinan yang kurang dari 5 tahun dan mempunyai komplikasi kesihatan reproduktif atau kesihatan yang menyukarkan proses kehamilan atau perkahwinan yang lewat dibenarkan memohon
  4. Peluang untuk mendapat anak tipis kerana faktor usia.
  5. Pemohon yang masih bujang boleh dipertimbangkan dan perbezaan umur diantara pemohon dan kanak-kanak mestilah lebih 21 tahun.(pemohon lelaki bujang hanya dibenarkan mengambil kanak-kanak lelaki sahaja)
  6. Mempunyai pendapatan yang mampu menyara kehidupan keluarga
  7. Hendaklah sihat dari segi mental dan fizikal
  8. Bersih dan tidak mempunyai rekod kesalahan jenayah
  9. Memiliki perwatakan dan akhlak yang mulia
  10. Keadaan tempat tinggal yang sesuai dan selamat
  11. Menganut agama yang sama dengan kanak-kanak


DOKUMEN-DOKUMEN YANG DIPERLUKAN :

  1. Gambar ukuran pasport (suami/isteri)
  2. Surat sokongan/pengesahan dari pegawai perubatan mengenai kesihatan pemohon (suami/isteri)
  3. Salinan kad pengenalan (suami/isteri)
  4. Salinan sijil nikah/sijil pendaftaran perkahwinan
  5. Dokumen-dokumen lain yang berkaitan seperti slip gaji dll (yang boleh menyokong permohonan)


PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN :

  1. Sediakan dokumen-dokumen yang diperlukan
  2. Permohonan boleh dibuat di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah di mana pemohon bermaustautin atau tinggal
  3. Isi borang permohonan untuk mendapatkan anak pelihara (Borang Permohonan Anak Pelihara) yang boleh dimuat turun di laman web ini atau di Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah. klik disini untuk muat turun borang

Setelah permohonan diterima, pemohon akan melalui satu sesi temuduga oleh Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah bagi tujuan penyediaan laporan Siasatan Permohonan Untuk Mendapatkan Anak pelihara oleh PKMD.


PERKARA-PERKARA YANG AKAN DIBINCANGKAN DALAM SESI TEMUDUGA

  1. Menilai latar belakang sosial pemohon
  2. Menilai kesanggupan pemohon menjadi keluarga pelihara
  3. Menjelaskan tentang implikasi menjadi keluarga pelihara
  4. Kesanggupan pemohon memenuhi syarat mengikut Akta Kanak-Kanak 2001, Akta Pendaftaran Pengangkatan 1952 dan Akta Pengangkatan 1952 yang mana bersesuaian.

PERMOHONAN YANG DITERIMA DIPERINGKAT IBU PEJABAT JKMM

  1. Borang permohonan akan diluluskan oleh Ketua Pengarah Kebajikan Masyarakat Malaysia
  2. Permohonan yang diluluskan akan dikeluarkan surat penerimaan pendaftaran yang akan berkuatkuasa selama setahun dari surat tersebut dikeluarkan. Borang permohonan akan dimasukkan kedalam fail dan maklumat pemohon akan dimasukkan kedalam Pengkalan Data.
  3. Permohonan yang tidak lulus akan dikeluarkan surat pemakluman permohonan tidak lulus.

Tuesday, May 3, 2011

Imam Wahabi turun ke Malaysia?




Alhamdulillah wash Syukru Lillah, Ash-Sholat tu Wassalamu 'ala Nabiyyinal Karim wa'ala aali kullin wasohbi kullin wattoyyibin.

Berkaitan seorang lelaki bernama Abdur Rahman Abdul Aziz As-Sudais yang pernah dilantik oleh negara Saudi sebagai Imam di Masjidil Haram Mekah dia (As-Sudais) bukanlah seorang nabi mahupun rasul yang ma'sum utk tidak boleh ditegur mahupun dikritik. Amat hairan dikalangan orang jahil Wahabi yang seolah-oleh "menyembah" As-Sudais dengan mendakwa syarat sah haji&umarah mesti solat dibelakang As-Sudais. Fanatik sungguh Wahabi di Msia ini. Tidak adapun dalam mana-mana kitab yang menyatakan sedemikian. Dari mana Wahabi2 ini mengambil hukum? Yes! Fanatik dungu! itulah puncanya.

Kritikan ke atas Wahabi yg fanatik seolah2 'penyembah' As-Sudais....ku katakan ...tahukah anda bahawa;

1- Abdur Rahman As-Sudais menghukum umat Islam yang menyambut Maulid Nabi sebagai SESAT&MUSYRIK.

2- Abdur Rahman As-Sudais menghukum umat Islam yang menyambut Maulid Nabi SERUPA DENGAN KAFIR.

3- Abdur Rahman As-Sudais menghukum umat Islam yang menyambut Maulid Nabi sebagai TIDAK SAH IMAN.





Ketiga-tiga hukum di atas amat melampau kerana menjatuhkan KEKAFIRAN kepada jutaan umat Islam termasuk Yang Dipertuan Agong, Raja-raja, Menteri-menteri, umat Islam dan lebih teruk lagi menghukum KAFIR ke atas ulama-ulama Islam.

Kesemua penghukuman melampau itu dan selainnya boleh didengari sendiri dalam rakaman khutbah As-Sudais dihadapan puluhan ribu umat Islam di Masjid Haram Mekah (
http://audio.islamweb.net/audio/downloadmp3_.php?audioid=28232 )

Persoalannya..Mengapa As-Sudais terlalu melampau dalam menghukum amalan umat Islam yang mempunyai dalil? Tidakkah boleh As-Sudais bersangka baik ke atas amalan umat Islam? Apa yang As-Sudais sakit hati sangat dengan Maulid Nabi ini? Jika dia tidak mahu buat takpelah terpulang tetapi janganlah ghuluw / melampau bila menghukum umat Islam sehingga mengkafirkan seluruh umat Islam.

Bekas Menteri Besar Perlis Shahidan Kassim yang MENGAKU dirinya Wahhabi sangat marah pada ulamak dan para pendakwah Islam pabila mengkritik As-Sudais dengan kritikan ilmiah. Adakah Dato' ingat As-Sudais itu nabi atau rasul yang ma'sum tidak boleh ditegur/dikritik secara ilmiah? Oklah...mybe ada tokoh wahabi kata memang tidak patut mengkritik As-Sudais tu krn dia orang arab...emm..ok tapi...

Apa kejadahnya pula bila Abdur Rahman As-Sudais Imam Mekah itu menghina,mengutuk&memperlekeh-lekehkan sahabat Nabi Muhammad? SIAPA AS-SUDAIS ITU HENDAK DIBANDINGKAN DENGAN PARA SAHABAT NABI ?! Apa hak As-Sudais yg Wahabi fanatik sangat seolah 'sembah' dia utk mengkritik & hina sahabat Nabi pula?!

1- Abdur Rahman As-Sudais (Imam Mekah) menghina insan mulia sahabat Nabi Muhammad.

2- Abdur Rahman As-Sudais Imam Mekah itu memperlekehkan sahabat Nabi Muhammad itu di dalam khutbahnya dihadapan puluhan ribu umat Islam di Masjid Haram Mekah hari Jumaat 22/1/1431H.

3- Imam Mekah itu menuduh kononnya sahabat nabi Muhammad adalah PENGKHIANAT.




Menteri Dewan Diraja Saudi Arabia; Dr Syeikh Abdul Muhsin Al-'Abikan sendiri mengkritik Imam Mekah Abd Rahman Sudais ini kerana menghina sahabat Nabi Muhammad di hadapan khalayak ramai di masjid haram Mekah plak tu. Yelah..sapa tak marah bila yg disanjung juhala wahabi ini menghina sahabat Nabi Muhammad. Antara sahabat Nabi Muhammad yang dihina oleh As-Sudais Imam Mekah itu adalah sahabat nabi pemegang amanah yang diberikan oleh Nabi Muhammad bernama Abdullah Bin Tha'lab Al-Lutbiyah..bukan calang-calang sahabat Nabi!.

Persoalannya..mengapa kita negara Malaysia Ahli Sunnah Wal Jamaah Al-Asya'irah ini mengundang seorang imam yang menghina Sahabat Nabi Muhammad? Mengapa kita raikan penghina sahabat nabi ini? Jika syiah menghina sahabat Nabi kita setuju utk tidak memberi ruang dakyah mereka disampaikan disini krn mereka Syiah yg melampau, bagaimana dengan wahabi yg hina sahabat Nabi? nak gelar apa depa ni?

WASYABI?

renung2kan...

dipetik daripada :
http://abu-syafiq.blogspot.com/2011/04/abdur-rahman-as-sudais-hina-sahabat.html